Monday 6 August 2012

LATAR BELAKANG SEKOLAH


Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh telah memulakan operasi pada tahun 1993. Terletak berhampiran pekan Bandar Baru Sungai Buloh berdekatan dengan Pasaraya ‘The Store’ dan juga berhampiran dengan Hospital Sungai Buloh.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh terletak di sempadan antara daerah Petaling dan Gombak. Walaupun SMK Bandar Baru Sungai Buloh terletak di bawah kawasan pentadbiran Majlis Daerah Petaling tetapi dalam hal urusan Pendidikan, ia adalah di bawah urusan dan pengelolaan Pejabat Pelajaran Daerah Gombak.
Pembinaan SMK BBSB telah dibiayai oleh Bank Dunia. Mula dibina pada awal tahun 1992 dan beroperasi pada 1 Disember 1993 dengan penempatan pelajar 980 orang yang ditempatkan di tingkatan Peralihan, 1, 2, 3 dan 4 dengan 44 orang guru di bawah pentadbiran seorang pengetua. SMK BBSB terletak kira-kira 20 km dari Kuala Lumpur merupakan sebuah sekolah dibawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Gombak.

Tuan Pengetua
En. Abdul Hakim bin Kassim


Gambar Sekolah














No comments:

Post a Comment